Site icon TechNave BM

realme Pad mungkin dilancar 9 September ini, dilengkapi skrin AMOLED 10.4 inci

Semalam, kami telah melaporkan mengenai spesifikasi tablet realme Pad yang telah tertiris. Kini, butiran mengenai tarikh pelancarannya pula telah muncul dalam talian. Mengikut seorang YouTuber India terkenal, realme Pad bakal dilancarkan pada 9 September ini untuk pasaran India.

Jika benar realme Pad akan dilancarkan pada tarikh tersebut, ia mungkin akan diacah oleh pihak realme dalam minggu yang akan datang.

Untuk mengingatkan anda mengenai spesifikasinya, realme Pad mungkin hadir dengan skrin AMOLED 10.4 inci, RAM 6GB dan storan 64GB. Ia juga mungkin dilengkapi dua kamera 8MP depan belakang bersama bateri 7,100mAh yang menyokong pengecasan pantas. Ia menggunakan antara muka realme UI atas perisian Android 11 dan mungkin menyokong stilus.

realme Pad dijangka akan datang dengan dua varian iaitu model Wi-Fi sahaja dan Wi-Fi serta LTE. Tablet ini juga akan ditawarkan dengan dua pilihan warna kelabu dan emas. Untuk cipsetnya, ia masih kekal menjadi sebuah misteri.

Adakah anda berminat dengan tablet ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version