Site icon TechNave BM

Imej janaan komputer untuk realme Pad tertiris, tampilkan rekaan aluminium

Sejak tahun lalu, realme telah membuat namanya di seluruh dunia sebagai sebuah jenama bebas dan bukan lagi sub-jenama OPPO. Kini, syarikat ini bersiap untuk melancarkan komputer riba dan tablet pertama iaitu realme Book dan realme Pad.

Laman web teknologi OnLeaks telah memberi gambaran peranti tersebut dengan lebih terperinci dalam dua warna rasmi iaitu kelabu dan emas. Peranti ini disahkan diperbuat daripada aluminium.

Menariknya, imej yang bocor juga mengesahkan slot stilus yang dikhabarkan berhampiran pembesar suara bawah dan port USB-C. realme Pad dijangka menggunakan paparan LCD panel sebesar 10.4 inci, kamera swafoto 8MP dengan apertur f/2.8 di bezel kanan dan kamera utama beresolusi 8MP di bahagian belakang.

Tablet ini mempunyai RAM 4GB dan storan dalaman 64GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD. realme Pad akan hadir dengan empat pembesar suara, jadi pengguna dapat mengharapkan pengalaman audio yang terbaik di sini.

Selanjutnya, ia akan dikuasakan dengan bateri 7,100mAh yang kedengarannya besar, tetapi mungkin tidak begitu besar jika dibandingkan dengan ukuran paparan tablet ini. Buat masa ini, tidak ada maklumat mengenai cipset di dalam tablet ini. Diharapkan tablet ini dilengkapi dengan pengecasan pantas 65W yang telah menjadi standard untuk telefon pintar realme.

Menurut khabar, realme Pad akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini. Oleh kerana bulan Julai sudah habis, kita dapat menjangkakan pelancarannya pada bila-bila masa antara bulan ini dan September. Peranti akan menjalankan Android 11 berdasarkan realme UI 2.0.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Smart Price

Exit mobile version