Site icon TechNave BM

realme Pad X bakal dilancar 26 Mei ini, bakal dilengkapi SD 870 dan sambungan 5G

realme sedang menghasilkan tablet baharu, dan hari ini mereka telah mendedahkan nama serta tarikh ketibaannya. Pad X akan dilancarkan pada 26 Mei di China pada jam 2 petang waktu tempatan menurut laman web rasmi jenama itu. Paparan rasmi mempamerkan reka bentuk hijau tetapi imej yang bocor di Weibo mendedahkan terdapat dua lagi pilihan warna.

realme Pad X akan mempunyai cipset Snapdragon 870 seperti yang disahkan oleh syarikat CMO menjadikannya senarai pertama dengan sambungan 5G untuk jenama itu. Melihat pada imej, kita dapat melihat ia akan mempunyai sebuah kamera pada belakangnya dan tulisan “AI”.

Paparan juga mendedahkan bezel yang agak nipis dan sisi rata dengan kamera menghadap ke hadapan terletak di sebelah kanan apabila Pad X dipegang secara menegak. Walaupun kami tidak mempunyai maklumat tentang spesifikasi kamera, panel hadapannya akan mempunyai resolusi QHD+ dengan kadar penyegaran 120 Hz dan bateri yang besar.

Masih ada enam hari lagi sebelum acara pada hari Khamis ini dan kami menjangkakan realme akan mendedahkan lebih banyak spesifikasi serta ciri tablet 5G pertamanya. Adakah anda berminat dengan realme Pad X ini?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version