Site icon TechNave BM

realme Pad X dilancar: SD 695, LCD 2K 11″ dan bateri 8,340mAh bermula ~RM850

realme Pad X

Hari ini, realme bukan sahaja melancarkan realme GT Neo 3 edisi Naruto tetapi juga realme Pad X. Tablet ini adalah barisan terbaharu daripada realme dan ia kelihatan agak berbeza daripada realme Pad dan realme Pad mini.

Tidak seperti khabar angin sebelum ini, realme Pad X menampilkan cipset Snapdragon 695 dan bukannya cipset Snapdragon 870 yang dihebohkan. Tiada sambungan 5G kerana kerana ia adalah tablet WiFi sahaja.

Selain itu, ia memaparkan paparan 11 inci dalam resolusi 2K dan tahap kecerahan puncak 450 nits. LCD-nya menyokong 16.7 juta warna dan diperakui TÜV Rheinland. Selanjutnya, ia mempunyai pembesar suara Dolby Atmos quad dan sistem audio HiRes.

Bahagian belakangnya dilengkapi kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP 105 darjah serta bateri berkapasiti 8,340mAh dengan teknologi pengecasan pantas 33W. Anda juga boleh mendapatkan stylus yang berasingan dan ia boleh dicas secara magnetik pada sisi Pad X.

Pada masa ini terdapat dua varian memori untuk Pad X iaitu 4GB + 64GB berharga 1299 Yuan (~RM850) dan 6GB + 128GB berharga 1599 Yuan (~RM1045). Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan aksesori tambahan seperti stylus pada harga 499 Yuan (~RM325), sarung folio pada harga 99 Yuan (~RM65) dan papan kekunci pintar pada harga 399 Yuan (~RM260).

Pada masa ini, tidak diketahui sama ada realme bercadang untuk membawa realme Pad X ke Malaysia. Kami hanya tunggu pengumuman rasmi daripada realme Malaysia tentang ketersediaanya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version