Jika anda sedang merancang untuk menukarkan telefon lama anda kepada telefon realme, realme Malaysia baru-baru ini melancarkan Trade-In Program bagi memudahkan anda melakukan sedemikian.
Anda hanya perlu bawa telefon anda ke mana-mana kedai realme Brand Stores di seluruh negara, kemudian anda akan menerima nilai penukaran (trade-in value) yang boleh digunakan untuk membeli telefon realme baharu pada harga yang lebih rendah. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh membeli telefon realme dengan harga diskaun, malah telefon lama anda akan diuruskan sebagai e-sisa dengan lebih cermat.
Anda boleh layari laman web realme Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai program ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

