Site icon TechNave BM

realme Q baharu akan dilancar pada bulan Oktober, bakal dilengkapi cipset Snapdragon 778G

Menurut naib presiden global realme, Wang Wei Derek, realme bakal melancarkan telefon kelas pertengahan realme Q yang baru pada bulan hadapan. Dalam sebuah kiriman di media sosial Weibo, beliau turut mengesahkan bahawa telefon itu akan dilengkapi cipset Snapdragon 778G.

Beliau juga mengatakan telefon itu mempunyai nama rasmi “realme Q3“, walaupun sebelum ini sebuah realme Q3 telah dilancar pada bulan April lalu. Dengan cipset Snapdragon 778G, beliau mengatakan realme Q3 yang baharu ini akan mempunyai penambahbaikan yang tinggi berbanding realme Q3 asal.

realme Q3 asal yang dilancar pada April 2021 itu terdiri daripada tiga varian iaitu realme Q3, realme Q3 Pro dan realme Q3i dan cipsetnya terdiri daripada Snapdragon 750G, Dimensity 1100 dan Dimensity 700. Setakat ini masih tidak diketahui jika realme Q3 yang dilancar pada bulan Oktober 2021 ini akan mempunyai banyak varian.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version