Site icon TechNave BM

realme Q3 Pro bakal dilancar pada 22 April, dilengkapi Dimensity 1100 dan AMOLED 6.43 inci

realme sudah pun mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri telefon pintar realme Q3 pada 22 April di China, di mana ia mungkin terdiri daripada realme Q3 dan realme Q3 Pro. Sebelum ini, realme Q3 Pro telah pun dikhabarkan akan dilengkapi cipset Dimensity 1100 dan skrin 120Hz.

Kini pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station menyediakan maklumat lanjut tentang peranti tersebut, di mana ia akan dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.43 inci dengan resolusi Full HD+, kamera swafoto dalam lubang punch hole di bahagian atas kiri skrin, tiga kamera 64MP dan bateri 4,500mAh.

Selain itu, permukaan belakang telefon itu juga akan menyala dalam gelap (glow in the dark), di mana pengarah rekaan industrial realme menyifatkan penyalaannya seperti kunang-kunang dan boleh dilihat dalam poster untuk telefon tersebut.

Sebelum ini, realme Q2 5G hanya ditawarkan dalam pasaran China kemudian ia dijenamakan semula kepada realme Narzo 30 Pro 5G untuk pasaran antarabangsa. Kita mungkin boleh jangkakan penjenamaan serupa pada masa terdekat.

Kongsi pendapat anda tentang realme Q3 ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version