Site icon TechNave BM

realme Q5 dapat pengiktirafan TENAA, mungkin dilengkapi skrin 120Hz

Sebuah telefon pintar realme dengan nombor model RMX3357 telah mendapat pengiktirafan TENAA (Telecommunication Equipment Network Acceptance Agency) dari China di mana ia mungkin adalah siri realme Q5. Gambar telefon itu juga telah dikongsi oleh badan pengiktirafan kebangsaan itu.

Pengiktirafan tersebut mengatakan realme Q5 mempunyai ukuran 159mm x 73mm x 8.4mm, berat 186 gram dan skrin OLED Full HD+ berukuran 6.43 inci yang mungkin menyokong kadar segar semula 90Hz atau 120Hz.

Kameranya pula terdiri daripada kamera belakang 64MP+8MP+2MP dan kamera hadapan 16MP. Ia dijangka akan mempunyai cipset Dimensity 1200, bateri 4,400mAh, pengecasan pantas 65W, pengimbas cap jari dalam skrin dan bicu audio 3.5mm.

Setakat ini belum ada maklumat rasmi tentang realme Q5. Kali terakhir realme melancarkan produk dalam siri realme Q adalah realme Q3 pada bulan April lalu yang dilengkapi cipset Snapdragon 750G. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version