Site icon TechNave BM

realme Q5x dilancar: Dilengkapi skrin 6.5″, cipset Dimensity 700, bateri 5,000mAh berharga ~RM655

realme telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaharu di China iaitu realme Q5x. Ia merupakan varian keempat dalam siri realme Q5, selepas realme Q5i, realme Q5 dan realme Q5 Pro.

realme Q5x dilengkapi skrin LCD berukuran 6.5 inci dengan resolusi HD+ (1600×720), nisbah aspek 20:9, nisbah skrin-ke-badan 88.7%, takuk di bahagian atas untuk kamera swafoto dan kecerahan 400 nits. Badannya mempunyai ketebalan 8.1mm dan berat 184 gram, manakala warnanya terdiri daripada Cloud Black dan Star Blue.

Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 4GB, storan dalaman 64GB, bateri 5,000mAh, pengecasan 10W dan sistem operasi realme UI 3.0 berdasarkan Android 12. Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 13MP, sensor kedalaman 0.3MP dan kamera swafoto 5MP.

Ia menyokong pembesaran memori dengan kad microSD, dwi-kad SIM, rangkaian 5G, Bluetooth 5.0, port USB-C dan bicu audio 3.5mm.

realme Q5x akan dijual di China pada harga bermula CNY999 (~RM655) dan setakat ini tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme China

Exit mobile version