Site icon TechNave BM

realme Smart TV dilancar di Malaysia: Diskaun sebanyak RM200 pada 22 Disember di Shopee

Di samping pelancaran realme 7 5G pada hari ini, realme Malaysia turut mengumumkan tarikh penjualan untuk realme Smart TV iaitu pada hari Selasa, 22 Disember 2020. Sempena penjualan hari pertama, realme menawarkan diskaun sebanyak RM200 untuk kedua-dua saiz televisten itu iaitu 32 inci dan 43 inci.

Diskaun tersebut hanya akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee. realme Smart TV 32 inci akan dijual pada harga RM699 (harga asal RM899) manakala saiz 43 inci pula berharga RM1,299 (harga asal RM1,499).

Di samping itu, realme Malaysia akan menganjurkan kempen jualan Always Beyond yang merupakan sebahagian daripada Shopee Super Brand Day pada 22 hingga 24 Disember, di mana produk terpilih boleh mendapatkan diskaun sehingga RM400 atau 54%.

Sebelum ini, realme telah mengumumkan televisyen tersebut dalam acara realme AIoT Season 2 Grand Launch bersama produk-produk realme yang lain. Televisyen ini dilengkapi teknologi Chroma Boost Picture Engine, Dolby Audio MS12B Solution, keterangan sehingga 400 nits, empat pembesar suara stereo, Android TV IS dan sokongan memainkan video HDR10 dan HLG.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli realme Smart TV dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version