Site icon TechNave BM

realme tawarkan diskaun sehingga 57%, baucar sehingga RM200 untuk pelbagai peranti

Bermula hari ini jam 8:00 malam sehingga 27 Mac 2024, realme Malaysia sedang menganjurkan promosi khas untuk pelbagai kategori produknya, di mana anda boleh menikmati diskaun sehingga 57% dan baucar potongan harga sehingga RM200. Promosi ini boleh didapati dalam tiga platform yang berlainan iaitu Lazada, Shopee atau TikTok Shop.

Perlu diingati bahawa ketiga-tiga platform ini menawarkan diskaun yang berbeza. Di Lazada, produk yang ditawarkan pada harga diskaun boleh dilihat dalam jadual di bawah. Pelanggan juga akan menerima Lazada Bonus dan baucar sehingga RM120 untuk peranti realme terpilih.

ProdukHarga asal (RM)Harga promosi (RM)
realme 12 Pro+ 5G (8GB+256GB)1,7991,699
realme Smart TV 43″1,2991,099
realme Watch 222999
Diskaun Lazada

Di Shopee, pelanggan boleh menerima baucar sehingga RM200 untuk beberapa peranti realme terpilih. Berbeza dengan Lazada, promosi dalam Shopee akan berlangsung pada 25 hinga 27 Mac.

ProdukHarga asal (RM)Harga promosi (RM)Baucar (RM)
realme 12 Pro+ 5G (8GB+256GB)1,7991,699100
realme 11 Pro 5G 1,4991,405100
realme 11x999849100
Diskaun Shopee

Di TikTok Shop, pelanggan boleh menerima baucar sehingga RM80 untuk beberapa peranti realme yang terpilih.

ProdukHarga asal (RM)Harga promosi (RM)Baucar (RM)
realme 12 Pro+ 5G (8GB+256GB)1,7991,59980
realme 10 4G99979970
realme C5589969980

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version