Site icon TechNave BM

realme TechLife Air Purifier, Handheld Vacuum & Robot Vacuum dilancar di Malaysia, bermula RM399

Pada hari ini, realme Malaysia telah menganjurkan majlis pelancaran realme TechLife AIoT di mana beberapa perkakasan elektronik telah diperkenalkan seperti pembersih udara, pembersih vakum dan robot vakum.

realme TechLife Air Purifier

Pembersih udara realme TechLife Air Purifier boleh membersihkan udara dalam rumah pada kadar 330 meter padu setiap jam (m³/h) untuk pembersihan yang pantas. Ia sesuai digunakan untuk ruang 39 meter persegi dan ke bawah serta akan mengambil masa 14.4 minit untuk pembersihan maksimum.

Ia turut dilengkapi penapis tiga tahap HEPA H12 untuk menapis lebih 99.5% zarah dalam udara sekecil 0.3 mikron seperti habuk, bulu haiwan, debunga dan bahan pencemaran PM2.5. Zarah tersebut dikesan menggunakan pengesan daripada SHARP dan kualiti udara akan ditunjukkan dalam Air Quality Indicator dengan penunjuk warna seperti hijau, oren atau merah.

Produk ini boleh dibeli di Lazada bermula 18 Oktober 2021 pada harga RM499. Pembeli boleh menikmati harga istimewa RM399 yang hanya akan ditawarkan pada 18 Oktober sahaja.

realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner

Pembersih vakum wayarles ini mempunyai dua mod utama iaitu Strong Cleaning Mode untuk pembersihan tinggi dan Soft Cleaning Mode untuk pembersihan umum. Ia dilengkapi motor 140W dengan kelajuan 10,500 RPM untuk menghasilkan kuasa sedutan 9.5kPa.

Vakum ini dilengkapi penapis HEPA untuk memerangkap habuk mikroskopik dan ia boleh dibasuh selepas digunakan. Ia turut diberikan bersama tiga jenis berus untuk pembersihan di pelbagai tempat serta dilengkapi mekanisme mudah untuk membuka beg pengumpul habuk 0.5 liter.

Produk ini boleh dibeli di Lazada bermula 18 Oktober 2021 pada harga RM399. Pembeli boleh menikmati harga istimewa RM349 yang hanya akan ditawarkan pada 18 Oktober sahaja.

realme TechLife Robot Vacuum

Vakum robot realme ini mempunyai kuasa sedutan sebanyak 3,000Pa dan fungsi mop lantai. Sewaktu berfungsi, ia hanya menghasilkan bunyi sebanyak 55dB bagi mengelakkan gangguan keterlaluan.

Robot ini turut mempunyai 38 jenis sensor seperti LiDAR untuk mengesan bentuk bilik dan menentukan cara terbaik untuk ia membersihkan lantai serta elak daripada melanggar perabot. Ia boleh dikawal dengan aplikasi realme Link untuk menetapkan tempat khas yang ingin dicuci serta jadual pencucian.

Ia akan dijual pada harga RM1,999, namun setakat ini masih tiada maklumat tentang tarikh pelancaran.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version