Site icon TechNave BM

realme turut menarik diri daripada MWC 2020, pelancaran X50 Pro 5G pada 22 Februari

Terkini, sebuah lagi jenama telefon pintar yang tidak asing bagi kita turut menarik diri daripada MWC 2020 berikutan pembatalan kongres tersebut. realme secara rasminya mengumumkan bahawa pelancaran telefon pintar flagshipnya bakal dijadualkan ke tarikh yang lain.

Faktor penularan wabak Koronavirus menjadi sebab utama realme ikut serta untuk membatalkan penyertaan dalam MWC 2020. Selain itu, realme turut prihatin terhadap keselamatan awam jika penyertaan diteruskan.

Apa pun, realme juga mengambil kesempatan memberi pernyataan rasmi mengenai pelancaran realme X50 Pro 5G. Pelancaran global secara dalam talian akan dilangsungkan pada 24 Februari ini di Madrid.

Nantikan maklumat waktu pelancaran melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda sedang menantikan realme X50 Pro 5G? Lontarkan komen anda di laman Facebook kami sekarang.

Exit mobile version