Site icon TechNave BM

realme TV diacah dengan pembesar suara quad Dolby dan rekaan bezel nipis

Sebenarnya, kehadiran realme TV telah lama dirancang. Khabarnya bermula daripada ura-ura sebelum pembatalan MWC 2020 diketahui pada Februari lalu. Terkini, realme telah mengacah kehadiran realme smart TV, sebuah TV pintar pertama daripada jenama ini.

realme memperlihatkan ciri teknologi seperti paparan premium hampir dengan bezel yang nipis. Sememangnya, ciri ini perlu dijangkakan daripada sebuah syarikat jenama telefon pintar yang sentiasa mengaplikasikan konsep bezel yang nipis. Paparannya dikhabarkan hadir dengan ciri Chroma Boost yang menyokong kecerahan sehingga 400 nit.

Apa yang lebih menarik, TV pintar ini dilaporkan memiliki empat pembesar suara stereo 24W yang dikuasakan teknologi audio Dolby Atmos. Sebagai tambahan, sumber melaporkan realme smart TV bakal dioperasikan cipset MediaTek dengan CPU 64-bit, dan GPU Mali-470 MP3.

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia. Apa pula jangkaan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version