Site icon TechNave BM

realme UI 2.0 diperkenal: Telefon murah realme juga boleh guna Android 11

Baru-baru ini, realme telah memperkenalkan realme UI 2.0 secara rasmi di sebuah acara pelancaran realme di India. Melalui pengenalan kemas kini realme UI 2.0 ini, realme turut mendedahkan telefon-telefon pintar yang akan menerima realme UI 2.0.

Untuk pengetahuan anda, kemas kini ini membawa banyak fungsi yang boleh diubah suai seperti warna sistem (bar notifikasi, butang shortcut), Always On Display dan Antara ciri lain yang diberi nafas baru adalah Dark Mode, Floating Window, Private Space dan banyak lagi.

Seperti yang telah diumumkan, akses awal untuk realme X50 Pro 5G adalah pada 24 September ini. Untuk peranti lain pula, anda boleh lihat senarai yang disusun oleh sumber seperti di bawah.

Bermula September 2020:

Bermula suku pertama tahun 2021:

Bermula suku kedua tahun 2021:

Apa pun, senarai ini mungkin akan dikemas kini oleh realme, mungkin juga tidak. Anda boleh melihat pelbagai lagi maklumat kemas kini di pautan rasmi perkongsian oleh realme.

Adakah anda menyukai kemas kini baharu ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version