Site icon TechNave BM

realme UI 3.0 dilancar: Ini senarai telefon pintar yang bakal mendapat kemas kini

realme telah melancarkan telefon pintar dengan sistem realme UI 3.0. Mereka menambahkan ciri baharu Android 12 dan meneruskan konsep produk Seamless Fun dengan peningkatan reka bentuk, kelancaran, personalisasi, privasi dan fungsi.

Latar dan ikon 3D terbaru nampak lebih teratur dan lancar. Kepadatan dapat dikurangkan dan maklumat seperti saiz tajuk, simbol serta kontras teks dapat ditingkatkan. realme UI 3.0 menyokong penyesuaian warna tema global, Omoji, kertas dinding telefon dan meningkatkan ‘Always-On-Display’ (AOD) untuk disesuaikan dengan ciri realmeow atau gaya anda tersendiri.

AI Smooth Engine dalam realme UI 3.0 dapat mengurangkan penggunaan kuasa ketika memori beroperasi sebanyak 30%, meningkatkan prestasi pelancaran aplikasi secara keseluruhan sebanyak 10% dan meningkatkan jangka hayat bateri sebanyak 12%.

realme UI 3.0 juga mengemas kini fungsi privasinya dan tambahan ciri sari kata baharu yang membolehkan anda berkongsi gambar atau video kegemaran anda secara peribadi. Di bawah merupakan senarai jadual rasmi telefon yang akan mendapat kemas kini pada masa akan datang.

Jangka tarikhModel realme yang bakal dinaik taraf
October 2021realme GT
December 2021realme X7 Max, realme GT Master Edition, realme 8 Pro, realme GT Neo2 5G
Q1 2022realme X50 Pro 5G, realme 7 Pro, realme X7 Pro, realme 8 4G, realme Narzo 30, realme C25, realme C25s, realme narzo 50A, realme 8i
Q2 2022realme X7, realme X3, realme X3 SuperZoom, realme 8 5G, realme 8s, realme 7 5G, realme Narzo 30 Pro 5G, realme Narzo 30 5G

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version