Site icon TechNave BM

realme umum harga baharu untuk siri realme 13 Pro, GT 6 dan Note 50!

Sempena sambutan akhir tahun, realme Malaysia mengumumkan harga promosi menarik untuk beberapa model telefon pintar daripada siri realme GT 6, siri realme 13 Pro , siri realme 12 dan siri realme Note 50. Promosi ini ditawarkan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan boleh didapati di semua platform termasuk kedai jenama realme, pengedar sah, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Model utama realme GT 6 yang dilengkapi cipset Snapdragon 8s Gen 3 menawarkan prestasi luar biasa dan ciri-ciri AI praktikal sesuai untuk pengguna yang memerlukan telefon untuk multitasking dan tugasan berat.

ModelHarga AsalHarga Promosi
realme GT 6 (12+512GB)RM2,899RM2,699
realme GT 6 (12+256GB)RM2,599RM2,499
realme 13 Pro+ 5G (12+512GB)RM2,299RM2,099
realme 13 Pro 5G (12+512GB)RM1,999RM1,899
realme 12 Pro+ 5G (12+512GB)RM2,099RM1,799
realme 12+ 5G (12+256GB)RM1,499RM1,199
realme 12 5G (8+512GB)RM1,299RM1,099
realme 12 5G (8+256GB)RM1,099RM999
realme Note 50 (4+128GB)RM399RM369
realme Note 50 (4+64GB)RM349RM329

Sementara itu, realme 13 Pro+ 5G menarik minat peminat fotografi dengan keupayaan pengimejan yang mantap. Dengan kamera utama Sony LYT-701 OIS 50MP dan lensa periskop telefoto Sony LYT-600 50MP, telefon ini menawarkan zum optik 3x, zum tanpa kehilangan 6x dan zum ultra jelas sehingga 120x.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki salah satu peranti daripada realme ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version