Site icon TechNave BM

realme umum kerjasama dengan RICOH IMAGING, fokus “street photography”

Sudah menjadi kelaziman untuk pengeluar telefon pintar menjalinkan kerjasama dengan jenama lain terutama pengeluar kamera bagi memberikan titik tambah sesuatu produk. realme juga tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan kerjasama strategik bersama RICOH IMAGING iaitu pengeluar di sebalik kamera GR Series.

Acara rasmi kerjasama akan diadakan pada 14 Oktober ini. Melalui video pengacah rasmi, realme mendedahkan perjalanan empat tahun pembangunan bersama RICOH yang bakal diperkenalkan buat pertama kali pada realme GT 8 Pro.

Wakil realme berkata kerjasama ini lahir daripada keinginan pengguna muda terhadap gaya foto yang lebih asli, bukan hasil algoritma yang terlalu diproses. Sementara itu, wakil RICOH IMAGING pula menyatakan kolaborasi ini menyatukan dua jenama dengan audiens yang sama iaitu muda, kreatif dan dinamik serta memperkenalkan street photography kepada lebih ramai pengguna.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version