Sempena ulang tahun ke-7, realme mengejutkan industri dengan memperkenalkan dua inovasi baharu di 828 Fan Festival iaitu teknologi bateri 15,000mAh Ultra-High-Density dan telefon pintar pertama dengan kipas dalaman, realme Chill Fan Phone.
Bateri 15,000mAh ini dibina berasaskan teknologi full silicon anode 100% dengan kepadatan tenaga 1200 Wh/L, tertinggi pernah dicapai pada telefon pintar. Ia menjanjikan penggunaan sehingga empat hari, rakaman video berterusan 18 jam dan main balik video sehingga 53 jam.
Sementara itu, realme Chill Fan Phone menggabungkan kipas mini dalaman dengan Thermoelectric Cooler (TEC) iaitu teknologi yang biasanya digunakan pada pendingin luaran. Sistem ini berfungsi seperti “aircond dalam telefon” untuk menurunkan suhu teras peranti sehingga 6°C semasa penggunaan intensif.
Ia membolehkan lebih 20 permainan mudah alih popular termasuk Genshin Impact dijalankan pada kadar bingkai tinggi tanpa masalah. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

