Site icon TechNave BM

realme umumkan pusat R&D baharu, realme Global Institute of Leap-forward Technology

Baru-baru ini, realme mengumumkan bahawa mereka telah menubuhkan pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) baharu di Shenzen, China yang dipanggil realme Global Institute of Leap-forward Technology. Satu lagi cawangan khusus juga akan ditubuhkan di India.

Usaha R&D ini telah menghasilkan pengecasan pantas 240W untuk telefon pintar realme GT3 mereka yang akan diperkenalkan pada MWC 2023 pada 28 Februari 2023. Video terkini teknologi pengecasan super pantas telah menunjukkan telefon pintar realme GT3 dicas sehingga 100% dalam masa sahaja bawah 10 minit.

Bagi yang tidak tahu, telefon pintar terbaru mereka di Malaysia adalah realme 10, yang menawarkan MediaTek G99, RAM 16GB, storan 256GB dan ciri paparan AMOLED 90Hz pada harga RM999 sahaja.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version