Site icon TechNave BM

realme V11 5G dilancar: Sokongan 5G, Dimensity 700, bateri 5000mAh berharga ~RM754

Terkini, realme dilapor telah mengumumkan sebuah lagi peranti 5G dengan harga berpatutan di China. realme V11 5G diumum di pasaran China dengan beberapa spesifikasi yang baik untuk telefon kelas permulaan.

realme V11 5G dilengkapi janaan cipset MediaTek Dimensity 700, skrin jenis IPS LCD berukuran 6.532 inci dengan rekaan takuk titisan air dan sensor cap jari yang diintegrasi bersama butang kuasa di sisi peranti. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, realme V11 5G setakat ini hanya dipasarkan di China pada harga 1,199 Yuan (~RM754). Kami masih tiada maklumat jika peranti ini bakal hadir di pasaran Malaysia atau tidak.

Adakah anda berminat dengan peranti 5G realme yang berpatutan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version