Site icon TechNave BM

realme V11s bakal dilancar, mungkin miliki bateri 5,000mAh & reka bentuk baharu

Salah sebuah telefon baharu realme siri-V bakal dilancar tidak lama lagi. Salah sebuah sumber mengatakan bahawa telefon baharu realme V11s akan mempunyai spesifikasi yang sama dengan realme V11 tetapi berbeza daripada segi reka bentuk.

realme V11 5G telah dilancar pada Februari lalu di China dengan panel skrin HD+, MediaTek Dimensity 700, dwi-kamera belakang dan bateri berkapasiti 5,000mAh berharga $190 (~RM793)

Menurut sumber, realme V11s akan mempunyai storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh sama seperti yang terdapat pada realme V11. Beliau juga menambah bahawa reka bentuk V11s adalah sangat cantik.

Bulan lepas terdapat khabar angin bahawa realme V11s mungkin dilengkapi paparan skrin LCD, Snapdragon 750G dan segar semula skrin 90Hz. Namun, realme masih belum memberi maklumat rasmi tentang pelancarannya di pasaran.

Adakah anda berminat dengan peranti realme V11s ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version