Site icon TechNave BM

realme V13 5G dilancar : Skrin 90Hz, cipset Dimensity 700 5G, harga bermula ~RM1,012

Semalam realme telah melancarkan peranti andalan mampu milik realme GT Neo. Selain dari peranti itu, realme juga turut melancarkan sebuah peranti kelas pertengahan mampu milik iaitu realme V13 5G.

Cipset Dimensity 700 5G yang digunakan oleh realme V13 5G dibina atas platform 7nm dan ianya menggunakan dua teras CPU 2.2GHz dan enam teras 1.8Ghz. Cipset ini digabungkan dengan RAM 8GB dan storan setinggi 256GB.

realme V15 5G juga hadir dengan kamera utama 48MP f/1.8 berlensa 6P, skrin berkadar segar semula 90Hz, bateri 5,000mAh dan lain-lain. Berikut adalah spesifikasi lengkap realme V13 5G:

Sehingga kini, masih tiada berita mengenai kehadirannya ke pasaran Malaysia. Peranti ini mungkin akan dipasarkan dengan nama lain jika dijual untuk pasaran global.

Nanti berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version