Site icon TechNave BM

realme V15 5G dilancar: Super AMOLED, cas 50W, 3 kamera 64MP, harga bermula ~RM869

Terkini, realme telah melancarkan realme V15 5G di pasaran China. Peranti ini memiliki penawaran spesifikasi yang baik dan pilihan warna yang agak menarik.

Jika melihat pada harganya di pasaran China, realme V15 5G boleh diklasifikasikan sebagai peranti dengan harga berpatutan bersama spesifikasi baik. Antara spesifikasi baik adalah skrin Super AMOLED 6.4 inci, tiga kamera utama 64MP dan cas pantas 50W. Anda boleh merujuk spesifikasi asasnya seperti di bawah.

realme V15 5G tergolong dalam peranti nipis dan ringan dalam industri telefon pintar dengan berat 176g dan ketebalan 8.1mm sahaja. Bateri peranti ini boleh dicas separuh dalam masa hanya 30 minit dan hadir bersama pengecas 65W dalam kotak.

Ciri kameranya dilengkapi sokongan rakaman 4K, anti gegaran UIS Max dan fungsi anti gegaran pada kamera hadapan untuk kemudahan merakam vlog.

Setakat ini, realme V15 5G hanya dilancar di pasaran China sahaja. Varian 6GB + 128Gb dijual pada harga 1399 Yuan (~RM869), manakala varian 8GB + 128GB dijual pada harga 1999 Yuan (~RM1,242).

Adakah anda berminat dengan peranti ini sekiranya ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version