Site icon TechNave BM

realme V20 5G dilancar: Dimensity 700, skrin 6.5″ dan bateri 5,000 mAh berharga ~RM654

realme semalam telah mengumumkan keluaran baharu untuk telefon pintar siri-Vnya iaitu realme V20 5G di China. Dihasilkan untuk segmen telefon pintar mampu milik, V20 5G menampilkan cipset MediaTek Dimensity 700 yang dipasangkan dengan RAM 4GB.

Di hadapannya, peranti ini memaparkan paparan LCD HD+ 6.5 inci dengan kadar segar semula 60Hz. Bagi bateri pula, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 10W.

Daripada segi fotografi, V20 5G mempunyai persediaan dua kamera iaitu kamera utama 13MP + VGA di belakangnya dan kamera swafoto 5MP di hadapan. Spesifikasi lain termasuk bicu audio 3.5mm, storan 128GB, sambungan 5G dan dua pilihan warna Star Blue dan Ink Clud Black.

V20 5G berharga CNY999 (~RM654) di China dan berdasarkan barisan siri-V realme sebelum ini, ia tidak akan dijual secara rasmi di luar negara. Bagaimanapun, realme masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

Adakah anda berminat utuk memiliki realme V20 5G? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version