Site icon TechNave BM

realme V25 dilancar: SD 695 5G, LCD 6.6” 120Hz dan kamera 64MP berharga ~RM1,325

realme V25 merupakan peranti yang sama dengan realme 9 Pro tetapi dengan perbezaan daripada spesifikasi kamera. Ia mempunyai paparan LCD 6.6 inci dengan kadar penyegaran 120 Hz, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 33W dan kamera utama 64 MP.

realme mengeluarkan kamera ultra lebar 8MP daripada peranti dan menggantikan realme V25 dengan sensor B&W 2MP untuk video potret dan tetapi masih mengekalkan lensa makro 2MP yang lain. Telefon ini juga dilengkapi dengan realme UI 3.0.

Salah satu ciri hebat realme V25 adalah ia boleh berubah warna di bawah cahaya matahari. Varian Biru bertukar menjadi merah jambu selepas 25 saat di bawah matahari atau sebarang cahaya UV lain. Ia kembali ke warna biru dalam masa 3 minit selepas pendedahan.

Kami masih tidak ketahui akan kehadirannya di Malaysia tetapi harga realme V25 adalah CNY1,999 (~RM1,325) bermula pada hari ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version