Site icon TechNave BM

realme V5 bakal menjadi antara telefon terawal dengan cipset Dimensity 720

realme kini sedang bersiap untuk melancarkan telefon pintar realme V5 iaitu model terbaru untuk siri realme V. Ia akan dilancarkan pada hari ini (27 Julai) dan mula dijual di pasaran China pada 3 Ogos, menurut laman web e-dagang TMall.

Apa yang menarik tentang telefon kelas pertengahan ini adalah ia bakal menjadi antara peranti terawal yang dilengkapi cipset baru MediaTek Dimensity 720 yang menyokong rangkaian 5G. realme V5 juga bakal mempunyai skrin 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan resolusi 2400 x 1080.

realme V5 akan dilengkapi empat kamera termasuk kamera utama 48MP, sokongan dwi-kad SIM dan sistem antara muka realme UI yang berdasarkan Android 10. Ia dijual dalam dua varian memori iaitu 6GB+128GB dan 8GB+128GB. Pilihan warna untuk peranti ini ialah perak, biru dan “Light of Dawn”.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme V5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version