Site icon TechNave BM

realme V5 mungkin akan dilancar semula untuk pasaran antarabangsa sebagai realme 7 5G

Pada waktu ini, siri telefon pintar realme 7 terdiri daripada realme 7, realme 7i dan realme 7 Pro. Kini realme mungkin akan mengeluarkan sebuah lagi telefon untuk siri tersebut iaitu realme 7 5G namun ia bukanlah telefon baru sepenuhnya.

Menurut badan pengiktirafan National Broadcasting and Telecommunications Council Committee (NBTC) dari Thailand, mereka telah mengiktiraf sebuah peranti bernama realme 7 5G dengan nombor model RMX2111, iaitu nombor sama yang digunakan untuk realme V5 oleh TENAA iaitu badan pengiktirafan China.

Untuk makluman, realme V5 adalah telefon 5G kelas pertengahan yang dilengkapi cipset Mediatek Dimensity 720, skrin IPS LCD 6.5 inci Full HD+ dengan kadar segar semula 90Hz, empat kamera 48MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan SuperDart 30W. Setakat ini realme V5 hanya dijual dalam pasaran China.

Tiada maklumat lanjut tentang spesifikasi telefon realme 7 5G diberikan oleh NBTC. Pihak realme pula masih belum memberikan sebarang pengumuman rasmi untuk telefon ini. Kongsi ramalan anda tentang peranti realme dengan kod RMX2111 ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mysmartprice

Exit mobile version