Site icon TechNave BM

realme watch 2 Pro mula dijual di Malaysia 29 Mei ini, berharga RM299

Pada dua minggu lalu, realme Malaysia telah melancarkan jam tangan pintar realme Watch 2. Ia telah dijual pada 20 Mei lalu pada tanda harga RM229. Kini, versi Pro untuk realme Watch pula diperkenalkan dan ia bakal dijual bermula esok, 29 Mei ini.

realme Watch 2 Pro hadir dengan sedikit penambahbaikan berbanding versi biasa. Pertama, ia mempunyai skrin 1.75 inci LCD berwarna dengan lebih dari 100 muka jam. Ini adalah sedikit lebih besar berbanding skrin 1.4 inci pada versi biasa.

Selain itu, versi Pro ini juga hadir dengan GPS dual-satellite dan bateri lebih besar, 390mAh yang mampu bertahan lebih dari 14 hari. realme Watch 2 Pro ini juga mempunyai 90 mod sukan dan ciri kalis air dan debu IP68.

realme Watch 2 Pro boleh didapati dengan harga RM299 bermula 29 Mei ini di kedai atas talian dan pengedar sah serata Malaysia.

Adakah anda meminati produk ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version