Site icon TechNave BM

realme Watch bakal hadir di Malaysia, spesifikasinya didedahkan

Selain daripada telefon pintar, alat teknologi atau gajet yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat teknologi adalah jam tangan pintar. Terkini, beberapa ciri teknologi dan spesifikasi realme Watch telah didedahkan termasuklah ketahanan baterinya.

Sumber telah melaporkan bahawa realme Watch bakal dilengkapi panel LCD petak 1.4″ dengan resolusi 320 x 320. Turut hadir adalah pengesanan 15 jenis sukan dan senaman termasuklah larian, yoga dan sebagainya. Terdapat juga pemain muzik, akselerometer, GPS dan alat kawalan untuk kamera telefon anda.

Apa yang menariknya, jam tangan pintar ini dilaporkan bakal dioperasikan oleh OS sendiri, bukan OS daripada Google Wear. Oleh itu, OS ini bakal memberi kesan kepada ketahanan bateri 160mAh yang mampu bertahan sehingga 7 hari. Sensor degup jantung juga boleh mengukur SpO2 (saturasi darah-oksigen). Anda boleh lihat contoh pemaparan panel Activity yang memperlihatkan carta tidur dan degup jantung anda.

Carta panel Activity
Pemain muzik
Alat kawalan untuk kamera telefon anda

Jika anda masih belum tahu, kami telah memaklumkan mengenai realme Watch yang telah melepas SIRIM dan mungkin bakal hadir di Malaysia pada waktu terdekat ini. Adakah anda akan mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: XDA Developer melalui GSMArena

Exit mobile version