Site icon TechNave BM

realme watch, ‘earbuds’ wayarles dan realme Band bakal hadir di Malaysia pada 11 Jun 2020

Mungkin ramai yang sedang menanti pelancaran gajet terkini seperti telefon pintar. Di sisi yang lain, realme Malaysia bakal melancarkan beberapa produk terkini melalui siaran langsung pelancaran AIoT pada 11 Jun 2020, jam 11 pagi di laman Facebook mereka.

Antara produk utama yang bakal diumumkan adalah realme watch dan realme Band. Melihat kepada gambar poster di atas, berkemungkinan realme Buds Q, Buds Air Neo da realme 10,000mAh Power Bank 2 juga bakal diumumkan. Lebih mengujakan jika ada produk pintar lain yang diumumkan!

Memandangkan terdapat pelbagai jenama yang cuba mengeluarkan TV pintar, mungkinkah kita dapat menjangkakan realme TV juga? Anda boleh mengunjungi lamam Facebook realme Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.

Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version