Site icon TechNave BM

realme Watch S Pro dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED, bateri 14 hari, GPS berharga RM599

realme Malaysia hari ini telah melancarkan jam tangan pintar terbaru iaitu realme Watch S Pro yang berharga RM599. Jam tangan pintar yang diinspirasi daripada jam tangan penyelam ini mempunyai skrin sentuh AMOLED 1.39 inci, bateri yang tahan sehingga 14 hari dan penjejak GPS dengan ketepatan tinggi.

realme Watch S Pro dibuat daripada besi tidak karat dan dikelilingi kaca Corning Gorilla Glass. Skrin AMOLEDnya mempunyai resolusi 454×454 dan menyokong pelarasan keterangan secara automatik. Daripada segi bateri, ia berkapasiti 420mAh yang boleh dicas penuh selama dua jam dan realme mengatakan ia mampu tahan sehingga dua minggu.

Jam ini mempunyai pilihan 100 muka jam, dan jika anda tidak menyukai mana-mana muka jam tersebut, anda boleh memuat naik gambar daripada telefon untuk dijadikan muka jam.

Seperti kebanyakan jam tangan pintar, realme Watch S Pro dilengkapi pengukur degupan jantung, sensor SpO2 untuk mengukur tahap oksigen dalam darah, pengukur waktu tidur dan langkah kaki serta 15 mod sukan termasuklah renang dan larian. Fungsi tambahan termasuklah penjejak GPS, kalis air sehingga 5ATM, pemberitahuan mesej, serta kawalan muzik dan kamera pada telefon.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version