Site icon TechNave BM

realme Watch S Pro, Watch S Master Edition rasmi: Skrin AOD, hayat 14 hari bermula ~RM330

Semalam, realme telah melancarkan dua model jam tangannya di pasaran India. realme Watch S Pro dan realme Watch S Master Edition telah diumumkan dengan spesifikasi yang berbeza bermula pada harga 5,999 Rupi (~RM330) di pasaran India.

realme Watch S Pro dikuasai oleh pemproses ARM Cortex-M4 dan memiliki skrin sentuh AMOLED 1.39 Always-On-Display beresolusi 454 x 454 piksel dan bateri 420mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari. Paparannya juga mempunyai ciri Auto Brightness di mana tahap kecerahan skrin adalah bergantung kepada keadaan.

Badan jam ini diperbuat daripada besi tahan karat dan ianya adalah seberat 63.5g. Terdapat beberapa ciri kesihatan seperti monitor degup jantung, sensor SpO2, monitor waktu tidur, kiraan langkah dan 15 mod senaman. Turut hadir adalah dua satelit GPS, rating tahan air 5 ATM, ciri notifikasi, kawalan kamera pada peranti dan notifikasi panggilan.

realme Watch S Pro dijual di pasaran India dalam pilihan warna Hijau, Perang, Biru dan Hitam pada harga 9,999 Rupi (~RM551).

realme Watch S Master Edition

Untuk pengetahuan anda, realme Watch S Master Edition mempunyai spesifikasi sama dnegan realme Watch S yang telah dilancar. Perbezaan hanya pada rekaan jam kerana edisi ini direka khas oleh pereka Korea, Grafflex.

realme Watch S Edition dijual dengan harga 5,999 Rupi (~RM330) di pasaran India.

Setakat ini, kami tidak mengetahu jika kedua-dua model jam tangan pintar ini bakal hadir di pasaran Malaysia. Kongsikan pandangan anda mengenai peranti ini di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita realme terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version