Site icon TechNave BM

realme X3 dilancarkan, Snapdragon 855+, lensa 12MP telefoto berharga ~RM1,414

Anda pasti sudah mengenali nama realme X3 kerana sebelum ini realme telah melancarkan realme X3 SuperZoom di pasaran Malaysia. Terkini, realme telah melancarkan realme X3 di pasaran India (mohon tidak keliru dengan realme X3 SuperZoom).

Seperti realme X3 SuperZoom, realme X3 juga merupakan sebuah peranti yang berfokuskan fotografi. Namun, harganya yang lebih murah turut menggantikan beberapa spesifikasi yang ada pada X3 SuperZoom seperti lensa 12MP (telefoto), kamera selfie 16MP+8MP dan storannya.

Reka bentuk realme X3 kelihatan sama dengan reka bentuk realme X3 SuperZoom. Tidak meninggalkan ciri fotografinya, relame X3 turut hadir dengan ciri Nightscape 4.0 dan Starry Mode.

realme X3 dipasarkan di pasaran India dengan harga bermula 24,999 Rupee (~RM1,414) untuk varian 6GB+128GB dan 25,999 Rupee (~RM1,472) untuk varian 8GB+128GB. Kami masih ketiadaan maklumat mengenai keberadaan realme X3 di pasaran Malaysia.

Memandangkan realme X3 SuperZoom sudah tersedia di Malaysia, mungkin kita boleh menjangkakan kemunculan realme X3 juga. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version