Site icon TechNave BM

realme X3 Pro disahkan hadir dengan pengecasan pantas 65W

Sebuah telefon realme dengan model RMX2170 telah diberi kelulusan oleh TUV Rheinland yang menguji keselamatan pengecas pantas 65W yang digunakan. Telefon ini dilihat menggunakan dua sel bateri dengan capasiti 2,200 mAh untuk setiap sel (jumlah 4,400 mAh).

Telefon ini dijangkakan akan hadir dengan nama realme X3 Pro walaupun sebelum ini, model yang lain juga dikenalpasti sebagai realme X3 Pro.

Kelulusan TUV Rheinland untuk RMX2170

Baru-baru ini, telefon model RMX2170 telah disahkan oleh Wi-Fi Alliance dan Android 10. Ia akan menyokong WI-Fi 5 (ac) sahaja dan dijangka tidak akan menggunakan cipset Snapdragon 865. Spesifikasi ini dilihat hampir sama dengan siri realme X3 yang hadir dengan cipset Snapdragon 855+ dan hanya menyokong Wi-Fi 5.

Walau bagaimanapun, hal ini belum lagi satu kepastian kerana telefon realme dengan cipset Snapdragon 765G juga tidak hadir dengan Wi-Fi 6 walaupun cipset tersebut menyokong Wi-Fi 6. Bagaimana dengan telefon baru dari realme ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version