Site icon TechNave BM

realme X3 Pro muncul di GeekBench dengan Snapdragon 855+

Pada awal tahun ini, realme telah melancarkan realme X3 dan X3 SuperZoom untuk mengikuti siri X mereka yang berjaya tahun lalu. Namun, pengganti realme X2 Pro iaitu realme X3 pro masih lagi kekal misteri sehingga kini.

Sumber terbaru menunjukkan sebuah peranti RMX2083 telah muncul di Geekbench dengan cipset Snapdragon 855+. Peranti ini dipercayai adalah peranti realme X3 Pro kerana peranti ini dilihat menggunakan cipset yang sama dengan realme X3 dan X3 SuperZoom yang lepas.

realme X3 Pro dijangka akan hadir dengan pengecasan pantas 65W serta bateri bersaiz 4,400 mAh. Spesifikasi yang lainnya pula dijangka hampir sama dengan peranti realme X3 dan realme X3 SuperZoom. realme juga dikatakan akan melancarkan dua peranti untuk siri realme X3 yang baru pada masa yang terdekat ini.

Bagaimana dengan cipset yang mungkin digunakan pada realme X3 Pro ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version