Site icon TechNave BM

realme X3 SuperZoom dan realme Watch melepasi SIRIM, bakal hadir di Malaysia

Terkini, sebuah laman akaun di Twitter telah mendedahkan bahawa sebuah telefon pintar realme X3 SuperZoom dan jam tangan pintar realme Watch telah melepasi SIRIM. Pengesahan daripada SIRIM ini menandakan sesuatu jangkaan kebiasaan; ianya bakal hadir di pasaran Malaysia.

Sepintas lalu, realme X3 SuperZoom dikatakan bakal hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan RAM sehingga 12GB. Seperti namanya, realme X3 SuperZoom dipercayai sebuah telefon pintar dilengkapi kamera fokus. Tambah sumber, ia bakal hadir dengan lensa telefoto yang berpiksel tinggi dan zum hibrid.

realme X3 SuperZoom dan jam tangan pintar realme Watch ini semestinya bakal hadir di pasaran Malaysia dalam waktu terdekat ini. Kami menjangkakan realme Watch bakal dihuni harga yang lebih berpatutan bergantung kepada spesifikasinya. Apa pun, kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita rasmi mengenai tarikh pelancaran kedua-dua peranti ini di Malaysia.

Sumber: @KevinNgTK

Exit mobile version