Site icon TechNave BM

realme X3 SuperZoom ialah kamerafon dengan 60x zum, realme X3 Pro ialah ‘flagship’

Seperti tajuk di atas, anda dinasihatkan agar tidak keliru di antara realme X3 SuperZoom dengan realme X3 Pro. Terkini, beberapa spesifikasi menonjol kedua-dua peranti telah timbul dari dasar internet, dibawakan khas untuk bacaan anda.

Terdahulu, realme X3 SuperZoom yang melepasi SIRIM dilaporkan bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 855 Plus, bateri berkapasiti 4200mAh dan sokongan pengecasan pantas 30W. Ia juga dilaporkan memaparkan prestasi RAM 12GB melalui Geekbench. Spesifikasi kameranya terdahulu turut dilaporkan dihuni kamera fokus, zum hibrid dan lensa telefoto yang berpiksel tinggi. Sumber kali ini mendedahkan ia bakal menawarkan keupayaan zum sehingga 60x dan ‘Starry Mode’. ‘Starry Mode’ tersebut dikatakan boleh menangkap gambar keadaan langit malam yang dipenuhi bintang. Mungkinkah kita boleh menjangkakan fotografi ‘Milky Way’?

realme X3 Pro pula berada pada kategori flagship terkini. Hal ini kerana sumber telah melaporkan penemuan markahnya di AnTuTu yang melebihi 600,000. Markah sebegini merupakan bukti awal pengoperasian cipset Qualcomm Snapdragon 865. realme X3 Pro dikatakan sebagai sebuah telefon pintar gaming. Sejauh manakah kebenarannya?

Persoalan spesifikasi dan jangkaan prestasi mungkin bakal terjawab melalui berita khabar angin yang akan datang. Untuk itu, kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina | GSMArena

Exit mobile version