Site icon TechNave BM

realme X3 Zoom bakal hadir dengan Snapdragon 855+, pengecasan pantas 30W

Jika sebelum ini, kami sudah memaklumkan mengenai pendedahan sebuah telefon pintar realme X3 SuperZoom dan jam tangan pintar realme Watch telah melepasi SIRIM, berita kali ini mengisahkan tentang spesifikasinya pula. Spesifikasi realme X3 SuperZoom kini tampil, menambah lagi senarai spesifikasi yang sudah terdedah.

Terdahulu, realme X3 SuperZoom dilaporkan bakal hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855 Plus, lengkap dengan kamera fokus, zum hibrid dan lensa telefoto yang berpiksel tinggi. Terkini, realme X3 SuperZoom dikhabarkan memiliki bateri berkapasiti 4200mAh, sokongan pengecasan pantas 30W. Ia juga dilaporkan memaparkan prestasi RAM 12GB melalui Geekbench.

Apa pun, kami masih tidak mempunyai maklumat berkenaan tarikh rasmi pelancarannya jika benar ia telah melepasi SIRIM seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version