Site icon TechNave BM

Realme X50 5G dengan pilihan warna Polar yang menyejukkan mata

Sepintas lalu, khabar angin realme X50 5G telah tular dari segi reka bentuk dan beberapa ciri teknologinya. Terdahulu, realme X50 5G dikatakan memiliki teknologi penyejukan haba dengan 5 dimensi.

Khabar angin melalui Weibo kini hadir dengan pilihan warna baru peranti ini. Pilihan warna Polar telah didedahkan oleh Ketua Pemasaran realme sendiri, Xu Qi Chase bersama dengan gambar panel belakang peranti.

Jika masih ada yang tidak mendapat maklumat pelancaran, realme X50 5G bakal dilancarkan pada Januari 2020. Menurut Gadgets360, gambar panel belakang yang didedahkan tersebut memperlihatkan sudahan warna putih berbelang seperti landskap ais. Peranti ini juga kelihatan tiris melalui gambar.

Untuk melihat lebih ciri dan spesifikasi teknologi peranti ini, anda boleh klik pada pautan ini. Anda mempunyai khabar angin baru? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Gadgets360 | Weibo

Exit mobile version