Site icon TechNave BM

realme X50 5G Master Edition tampilkan corak garisan & bulatan

Berikutan sidang media realme semalam di Beijing, China untuk melancarkan telefon pintar 5G pertama syarikat itu, X50 5G, realme turut mengumumkan sebuah edisi khas yang menampilkan corak unik di belakang badan peranti tersebut.

realme X50 5G Master Edition menampilkan corak menawan yang dihasilkan oleh pereka dari Jepun, Naoto Fukasawa. Pengguna boleh memilih antara dua corak dalam edisi khas ini: garisan menegak bewarna perak atau bulatan bewarna hitam. Selain corak yang yang terdapat di bahagian belakang telefon, skrinnya juga akan mempunyai corak latar belakang yang serupa. Tandatangan Naoto juga diukir di bahagian belakang telefon, bersebelahan dengan kamera.

Master Edition datang dengan spesifikasi tertinggi buat model tersebut, iaitu RAM 12GB dan storan 256GB. Harganya juga adalah yang paling mahal di antara varian X50 yang lain, iaitu 3,099 yuan atau RM1,825. Dapatkan butiran mengenai varian X50 yang lain di sini.

Adakah anda berminat dengan realme X50 edisi khas ini? Berikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version