Site icon TechNave BM

realme X50 Pro 5G akan hadir dengan skrin 90Hz

Untuk menggantikan MWC yang telah dibatalkan, realme akan mengadakan sebuah pelancaran dalam talian untuk realme X50 Pro 5G. Setakat ini, syarikat itu kerap memberikan sedikit demi sedikit butiran tentang telefon pintar tersebut dan berita terkini daripada mereka adalah telefon itu akan dilengkapi kadar segar semula 90Hz.

realme Eropah mengumumkan di Twitternya bahawa X50 Pro 5G datang dengan paparan Super AMOLED dan kadar segar semula 90Hz.

Ini adalah berita terbaru selepas Pegawai Ketua Pemasaran (CMO) realme, Xu Qi, turut memuat naik sebuah gambar di Weibo pada beberapa hari yang lalu menyatakan spesifikasi telefon itu serta markah AnTuTu yang sangat tinggi.

Dengan berita seperti ini, seolah-olah kita sudah pun tahu hampir kesemua butiran tentang telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini tentang realme X50 Pro 5G serta lain-lain teknologi.

Sumber: TechNave English

Exit mobile version