Site icon TechNave BM

realme X50 Pro 5G menunjukkan taringnya dalam AnTuTu, Snapdragon 865 dan sokongan WiFi 6

Terdahulu, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) realme, Xu Qi Chase telah mendedahkan beberapa spesifikasi realme X50 Pro 5G. realme X50 5G kini menunjukkan taringnya dalam AnTuTu dan kami turut menemui spesifikasi terbaru dari sumber.

Sumber melaporkan bahawa realme X50 Pro 5G bakal hadir dengan sokongan WiFi 6, standard WiFi terbaru. Hal ini dapat dilihat melalui gambar tangkapan skrin peranti tersebut seperti di bawah. Anda boleh melihat angka ‘6’ kecil di sisi atas simbol WiFi.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, berita khabar angin lepas mengenai spesifikasi peranti mendedahkan realme X50 Pro 5G bakal dikuasai cipset Snapdragon 865. Dengan ini, kami sertakan gambar yang memaparkan skor tinggi realme X50 Pro 5G dalam ujian penanda aras AnTuTu.

Melalui skor ini, anda boleh menjangkakan sendiri prestasi hebat peranti. Oleh kerana pembatalan acara MWC 2020, sebarang perubahan tarikh pelancaran peranti ini akan dimaklumkan kemudian.

Nantikan kemas kini berita ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda salah seorang pengguna peranti flagship realme? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: GSMArena

Exit mobile version