Site icon TechNave BM

realme X50 Pro Player Edition dilancarkan: X50 Pro yang lebih canggih untuk ‘gaming’ bermula ~RM1,650

realme telah melancarkan X50 Pro Player Edition di China, iaitu varian khas X50 Pro yang ditujukan kepada gamers dan akan mula dijual pada harga ~RM1,650.

realme X50 Pro Player Edition menampilkan spesifikasi yang lebih ditujukan untuk penggunaan gaming berbanding realme X50 Pro asal. Ia masih dilengkapi cipset Snapdragon 865 5G, skrin AMOLED 6.44 inci dengan kadar segar semula 90Hz, RAM LPDDR5, storan UFS 3.0 dan bateri 4,200mAh.

Di samping itu, peranti tersebut juga datang dengan HyperBoost 3.0 yang menyepadukan memori, cipset dan bateri untuk pengalaman gaming yang lebih lancar. Mod tersebut akan mematikan pemberitahuan (notifications) yang berlebihan, aplikasi yang beroperasi di latar belakang dan perkhidmatan GPS.

Ia juga boleh bertukar di antara Wi-Fi kepada signal LTE atau 5G tanpa sebarang lag. Untuk memperbaik pengudaraan haba, realme telah meletakkan lapisan grafit di antara bateri dan panel belakang.

Namun daripada segi kamera, ia diturun taraf daripada X50 Pro asal. Kamera utamanya telah ditukar daripada 64MP kepada kamera 48MP, manakala kanta telefoto telah digantikan kepada kamera makro 2MP. Di bahagian hadapan, kamera selfie 32MP + kanta ultra-lebar 8MP telah ditukar kepada 16MP + sensor kedalaman 2MP.

Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu perak Light Speed Silver dan hitam Phantom Black. Ia akan dijual pada harga

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki varian X50 Pro khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version