Site icon TechNave BM

realme X7 Max 5G dilancar: Dimensity 1200, AMOLED 120Hz, cas pantas 50W bermula ~RM1,540

realme hari ini telah melancarkan telefon pintar andalan realme X7 Max 5G di India yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200, membuatkannya telefon realme pertama di negara tersebut yang dilengkapi cipset andalan MediaTek itu. Ia juga nampak amat serupa dengan realme GT Neo yang telah dilancar di China pada bulan Mac, jadi telefon ini mungkin adalah produk yang telah dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa.

Ia turut dilengkapi skrin Super AMOLED berukuran 6.43 inci dengan kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 360Hz dan gamut warna DCI-P3 sebanyak 100%. Daripada segi pengecasan, ia dilengkapi teknologi SuperDart 50W yang boleh mengecas bateri sebanyak 50% dalam masa 16 minit.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme X7 Max 5G:

realme X7 Max 5G akan mula dijual di India pada 4 Jun dengan harga INR26,999 (~RM1,540) untuk varian 8GB+128GB dan INR29,999 (~RM1,711) untuk varian 12GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version