Berita mengenai siri realme X7 telah menghantu industri telefon pintar termasuk Malaysia walaupun ia hanya sah dilancarkan di China setakat ini. Terkini, salah satu variannya, realme X7 Pro dilaporkan akan dijana cipset MediaTek Dimensity 1000+.
Peranti ini muncul di Geekbench dengan nombor model RMX2121. Markahnya mencapai 3802 untuk Single-Core dan 13096 untuk Multi-Core melalui janaan Dimensity 1000+. Sepintas lalu, MediaTek Dimensity 1000+ adalah cipset dengan prestasi flagship yang mampu menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz dan cipset Android berprestasi selepas Snapdragon 865.
Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai spesifikasi siri realme X7 yang mungkin dilengkapi skrin 120Hz melalui posternya dan sokongan pengecasan pantas sehingga 125W.
Apakah pandangan anda mengenai ura-ura spesifikasi siri realme X7 ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Baca berita lepas mengenai realme dan siri realme X7.
Sumber: GSMArena

