Site icon TechNave BM

realme X7 Pro dengan skrin 120Hz, cipset Dimensity 1000+ bakal dilancarkan secara global!

Pada bulan yang lalu, realme telah melancarkan telefon flagshipnya iaitu siri X7 5G di China. Siri tersebut terdiri dari dua telefon iaitu realme X7 dan juga realme X7 Pro. Sebelum ini, peranti ini dijangka akan hanya dijual di pasaran China sahaja. Namun, baru-baru ini, telefon ini telah dikesan di sebuah agensi telekomunikasi di Thailand.

Terbaru, realme X7 Pro ini pula dikesan di dalam pangkalan data suruhanjaya komunikasi negara (NCC) di Taiwan. Reka bentuk peranti ini dilihat masih sama seperti di pasaran China dengan skrin 6.55 inci jenis skrin berlubang (punch hole). Penyenaraian ini juga menunjukkan akan kehadiran bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W SuperDart. Ianya juga dilihat hadir dengan RAM 8GB bersama storan 256GB.

Untuk spesifikasi yang lain, realme X7 Pro di China hadir dengan cipset Dimensity 1000+, skrin Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, pembesar suara stereo dan kamera utama 64MP.

Adakah ianya bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi? Nanti bersama kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version