Site icon TechNave BM

realme X7 Pro Extreme dilancar : Skrin 90Hz melengkung, Dimensity 1000+, harga bermula ~RM1514

Pada bulan September lalu, realme telah melancarkan telefon andalan mereka, realme X7 Pro. Terbaru, realme telah memperkenalkan versi Extreme untuk peranti ini yang diberi nama realme X7 Pro Extreme.

realme X7 Pro Extreme dilihat hadir dengan beberapa kelemahan berbanding versi Pro. Ia menggunakan skrin AMOLED 90Hz melengkung, berbeza dengan skrin AMOLED 120Hz rata yang ada pada versi Pro.

Untuk kamera pula, ia hadir dengan 3 tiga kamera (bukan 4 kamera yang ada pada versi Pro) iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Manakala untuk kelebihan versi Extreme pula, ia hadir dengan realme UI 2.0 atas Android 11 dan ditawarkan dengan pilihan RAM 12GB dan storan 256GB. realme X7 Pro Extreme juga dilengkapi bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W, sama seperti versi Pro sebelum ini. Namun, ia hadir dengan reka bentuk yang lebih nipis (7.8mm) dan lebih ringan (170g).

Peranti ini juga mempunyai tulisan “DARE TO LEAP” yang lebih kecil dan ianya terletak di bawah modul kameranya. Untuk spesifikasi yang lain, ia masih mengekalkan cipset Dimensity 1000+, kamera swafoto 32MP, sensor cap jari dalam skrin, pembesar suara stereo, NFC dan menyokong 5G.

realme X7 Pro Extreme ini ditawarkan oleh dua warna dan dijual di China dengan harga serendah CNY 2,399 (~RM1514) untuk RAM 8GB dan storan 128GB. Untuk varian RAM 12GB dan storan 256GB, ia dijual pada harga CNY2,699 (~RM1,703).

Buat masa ini, tiada berita mengenai kehadiran peranti ini ke pasaran global. Generasi baru peranti ini, realme X9 Pro dikhabarkan akan memasuki pasaran dalam masa terdekat, jadi kami jangkakan realme X7 Pro Extreme ini mungkin dijual untuk pasaran China sahaja.

Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version