Site icon TechNave BM

realme X9 Pro dan realme X9 dapat pengiktirafan China

Pada awal bulan ini, realme X9 Pro telah pun dikesan dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench di mana ia mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 870. Kini, ia telah mendapat pengiktirafan kerajaan China bersama realme X9.

Menurut pengiktirafan Kementerian Industri dan Teknologi Informasi China (MIIT), realme X9 Pro dengan nombor model RMX3381 akan dilengkapi skrin 6.5 inci, ukuran 162.5×74.8×8.8mm, bateri 4,880mAh dan sokongan untuk dwi-kad SIM 5G.

Pengiktirafan realme X9 Pro dalam MIIT

Untuk realme X9 dengan nombor model RMX3361, ia mungkin akan dilengkapi skrin AMOLED Full HD+ 6.43 inci, ukuran 159.2×73.5×8.0mm kamera utama 64MP+8MP+2MP dan kamera hadapan 32MP, bateri 4,300mAh, RAM 6GB, 8GB atau 12GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Kedua-dua telefon pintar ini dijangka menyokong pengecasan pantas 65W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme X9 Pro atau realme X9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version