Site icon TechNave BM

realme X9 Pro muncul di pensijilan TENAA, dilengkapi kamera 50MP dan cipset SD 870

Terbaru, sebuah telefon pintar jenama realme telah muncul di pensijilan TENAA. Telefon pintar tersebut hadir dengan nombor RMX3366 dan spesifikasi penuhnya telah ditunjukkan di penyenaraian tersebut. Menurut sumber, realme RMX3366 ini merujuk kepada realme X9 Pro yang bakal memasuki pasaran China tidak lama lagi.

Melihat kepada penyenaraian itu, realme X9 Pro mempunyai dimensi 159.9 x 72.5 x 8mm dan berat 185g. Ia menggunakan skrin melengkung AMOLED 6.55 inci FHD+ serta kamera swafoto 32MP. Pada bahagian belakang pula, ia hadir dengan kamera utama 50MP Sony IMX766, kamera ultra lebar 16MP dan sebuah kamera 2MP.

Gambar realme RMX3366 di pensijilan TENAA

realme X9 Pro dilihat menggunakan cipset berteras lapan berkuasa 3.1Ghz. Sumber menyatakan ianya mungkin tidak benar kerana peranti ini dikhabarkan akan menggunakan cipset Snapdragon 870 yang berkuasa 3.2Ghz. Selain itu, ia juga dilengkapi RAM setinggi 12GB.

Seperti teleofon realme yang baru, ia juga akan menggunakan perisian Android 11 dengan antara muka realme UI. Bateri peranti ini adalah bersaiz 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 65W. Akhir sekali, ia dilengkapi dengan sensor cap jari bawah skrin.

Untuk harga pula, realme X9 Pro dijangka akan dijual pada tanda harga antara 2,500 Yuan (~RM1,605) dan 3,000 Yuan (~RM1,926). Peranti ini akan hadir dengan 4 pilihan warna iaitu White, Symphone, Apricot dan Gray.

Adakah anda berminat dengan baru realme ini? Beritahu kami di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version